0
0
Subtotal: RM0.00

No products in the cart.

No products in the cart.

Terma & Syarat

Polisi Pemulangan Produk dan Pembayaran Balik

Polisi Pemulangan Produk dan Pembayaran Balik kami adalah sah sehingga 15 hari dari tarikh pembelian anda. Jika tarikh pembelian anda melebihi 15 hari, kami tidak dapat mengembalikan wang anda mahupun menukarkan produk yang anda beli dengan produk yang lain.

Untuk layak memohon pembayaran balik untuk produk yang anda sudah beli dari kami atau wakil kami, produk yang anda beli tersebut hendaklah dalam keadaan yang masih elok dan/atau masih dalam bungkusannya yang asal.

Anda juga perlu mengemukakan resit pembelian atau bukti pembayaran yang sah.

Anda juga disarankan untuk tidak memulangkan produk yang anda telah beli kepada kami tanpa merujuk dengan kami terlebih dahulu melalui saluran-saluran perhubungan yang kami sediakan.

 

Pembayaran Balik

Setelah pemulangan anda diterima dan diperiksa, kami akan menghantar e-mel kepada anda untuk memberitahu anda bahawa kami telah menerima produk yang anda kirimkan. Kami juga akan memberitahu anda tentang kelulusan atau penolakan bayaran balik anda.

Jika anda diluluskan, maka bayaran balik kepada anda akan diproses dan wang anda akan  dikreditkan secara automatik kepada kad kredit atau kaedah pembayaran asal anda, dalam tempoh tidak melebihi 15 hari.

 

Kelewatan Pembayaran Balik

Jika anda tidak menerima bayaran balik selepas 15 hari, anda disarankan untuk semak dengan bank penyedia kad kredit anda atau bank anda kerana setiap bank mempunyai proses tersendiri sebelum sesuatu bayaran balik dikreditkan.

Seterusnya hubungi bank anda. Selalunya terdapat beberapa masa pemprosesan sebelum bayaran balik disiarkan.

Jika anda telah menghubungi bank anda dan anda masih belum terima bayaran balik anda, sila hubungi kami di sales@remedy.my atau +60127357006.

 

Penukaran Produk

Kami hanya menggantikan barang jika ianya dengan produk yang sama – hubungi kami di sales@remedyum.my atau +60127357006 jika anda dapati belian anda rosak dan anda ingin menukarkan ia dengan produk baru yang sama.

 

Penghantaran Produk Bagi Tujuan Pembayaran Balik

Anda bertanggungjawab untuk membayar kos perkhidmatan kurier pilihan anda untuk menghantar produk yang anda ingin pulangkan kepada kami bagi tujuan pembayaran balik. Jika anda layak untuk dapatkan bayaran balik untuk produk yang anda pulangkan kepada kami, kami akan membayar jumlah wang yang merupakan harga produk tersebut tanpa kos penghantaran yang anda telah bayar kepada penyedia perkhidmatan kurier.

 

Perlukan Bantuan?

Sila hubungi kami di sales@remedyum.my atau +60127357006 jika anda perlukan bantuan.